Lebih dari
120 orang pemborong berdaftar sebagai anak syarikat bagi mengedarkan
produk-produk RAMLY. Kesemua pemborong berdaftar ini dibawah pemasaran
Ramly Mokni Sendirian Berhad. Syarikat pemasaran ini beribupejabat di
Desa Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur. Penubuhan syarikat ini bertujuan
dalam menawarkan khidmat jualan kepada pelanggan. Bagi memastikan
pengedaran dan penghantaran produk dijamin kualiti dan kesegarannya,
kenderaan kontena sejukbeku digunakan.
Sebuah anak syarikat Ramly yang berobjektif dalam memastikan produknya
mudah didapati dipasaran telah ditubuh di Lorong Raja Bot (Off Jalan
Raja Alang) di Kuala Lumpur. Anak syarikat ini dikenali sebagai Ramly
Supermarket Sendirian Berhad, dan ia beroperasi 24jam. Pembukaan anak
syarikat ini bagi memastikan khidmat borong dan runcit boleh
dilaksanakan diantara RAMLY dengan penjaja dan orang awam.
Kualiti
Penubuhan Makmal Mikrobiologi yang dijalankan oleh Ramly,
bagi mengawal kualiti produk. Tujuan penubuhan makmal ini adalah
memasitkan produknya adalah suci (dari pemilihan bahan mentah hingga
produk siap) dan selamat untuk dimakan. Selain itu, makmal ini berfungi
sebagai satu tempat penyelidikan dan pembangunan produk. Makmal
Mikrobiologi Ramly lengkap dengan peralatan teknologi tinggi.
Produksi
Satu kajian penyelidikan dan pembangunan produk
dijalankan oleh Ramly, bagi tujuan kesegaran, kelazatan dan kualiti
produknya. Cara pembungkusan yang menarik juga dikaji dalam memastikan
produk kelihatan menarik dan boleh dinikmati. Pengimplementasi kepakaran
teknologi oleh Ramly, adalah memastikan pengeluran daging dan hasil
laut dapat memenuhi citarasa pengguna dan pengemar Ramly. Kepakaran
teknologi yang digunakan juga memastikan produktiviti produk.
Penyediaan
Untuk memasak burger Ramly, tidak begitu sukar, cuma
yang diperlukan ialah kuali atau plet leper, penekan daging burger,
dapur, gas masakan, ban burger dan daging burger. Untuk rencah atau
isi-isinya pula ialah timun dan kobis. Untuk bahan perisanya, biasa
digunakan ialah sos Worcester (wu-ches-ter) atau juga dikenali sebagai
kicap burger dikalangan orang Malaysia. Sebagai sos tambahan pula ialah
mayonis, sos tomato, sos cili ataupun sos barbeku.
Mu Az Usahawan IT
Friday, 24 May 2013
Pengenalan
Dato' Haji Ramly Bin Mokni
LOGO Syarikat
Ramly Mokni (Ramly Burger) Ramly Mokni merupakan seorang tokoh usahawan Melayu yang telah mengecapi dan mencapai kejayaan dalam bidang keusahawanan dengan begitu cemerlang dan patut diteladani oleh usahawan-usahawan bumiputera yang lain.
Kejayaannya bukanlah dapat dinikmati dalam sekelip mata, tetapi terpaksa mengharungi dengan pelbagai cabaran dan halangan. Dengan berbekalkan keyakinan diri dan ketabahan serta kecekalan hatinya, beliau telah dapat mengembangkan perniagaannya dari gerai menjual burger sehingga membuka kilang untuk mengeluarkan daging burger dari 300 keping sehari kepada 30 tan daging sehari selepas 20 tahun dengan jualan tahunan kini mencatat RM42 juta. Daripada pemerhatian beliau semasa bekerja sebagai pemotong daging di sebuah pasar raya di ibu kota pada awal 1970an di mana
kebanyakan makanan sejuk beku yang tidak pasti halal haramnya, telah mencetuskan idea beliau untuk menghasilkan daging burger dan sosej yang ditanggung halal untuk dimakan oleh umat Islam di negara ini. Sifat beliau ini jelas menunjukkan beliau adalah seorang yang bijak merebut peluang dan berdaya kreatif dan inovatif serta berpandangan jauh. Selain itu, beliau tidak pernah putus asa walaupun usahanya pernah diperlekehkan oleh masyarakat dan juga pihak bank yang telah menolak permohonan pinjamannya. Namun, dengan simpanan sendiri dan juga bantuan pinjaman yang diberikan oleh Bank Pembangunan dan Malaysia Berhad telah membolehkannya mengorak langkah untuk memajukan perniagaannya. Sekaligus telah membuktikan peranan agensi kerajaan adalah amat penting.
Beliau juga mengakui bahawa sokongan keluarga adalah amat penting untuk mendorongnya terutamanya isterinya yang sentiasa memberikan dorongan kepadanya dan beliau telah mengatakan bahawa kejayaannya adalah hasil sokongan kuat keluarga.
Di samping itu, beliau sentiasa memegang kepada prinsip kejujuran, menitikberatkan mutu barangan yang dihasilkan, keutamaan dan pandangan pelanggan terhadap barangan keluaran syarikatnya tidak pernah diambil ringan. Sebarang rungutan dan ketidakpuasan hati oleh pelanggan, beliau pasti akan memperbaiki mutu produknya dengan berjumpa dengan pelanggan tertentu dengan kadar segera untuk mengetahui masalahnya. Ini dapat jelas menggambarkan corak pengurusan beliau yang sangat cekap dan efisyen dalam menangani sebarang masalah yang timbul. Hasil kegigihan beliau, beliau telah dianugerahkan beberapa kali Anugerah Usahawan Terbaik .
Tuesday, 30 April 2013
Produk
Burger Ayam dan Burger Lembu
Burger Ayam Ramly yang pertama dikeluarkan ialah dalam tahun 1979 dan ia adalah salah satu produk pertama yang dikeluarkan oleh Ramly.
Ramuan Burger Ayam: Daging Ayam, Protein Kacang Soya, Rempah dan Garam. Mengandungi Bahan Perisa dan Kondisioner Makanan yang dibenarkan.
Ramuan Burger Lembu: Daging Lembu, Protein Kacang Soya, Rempah dan Garam. Mengandungi Bahan Perisa, Pewarna dan Kondisioner Makanan yang dibenarkan.
Cara Menyimpan: Simpan Sejukbeku Pada -18°C
Saiz Pek: 420g, 360g & 300g
Frankfurter Ayam dan Frankfurter Lembu
Ramuan Frankfurter Ayam:
Ramuan Frankfurter Ayam:
Daging
Ayam, Protein Kacang Soya, Kanji Jagung Terubahsuai dan Rempah.
Mengandungi Bahan Penambah Perisa (E450,E451,E452) dan Pengawet Makanan
(E250, E252) yang dibenarkan.
Ramuan
Frankfurter Lembu: Daging Lembu, Protein Kacang Soya, Kanji Jagung
Terubahsuai dan Rempah. Mengandungi Bahan Penambah Perisa
(E450,E451,E452), Pewarna dan Pengawet Makanan (E250, E252) yang
dibenarkan.
Cara Menyimpan: Simpan Sejukbeku Pada -18°C
Saiz Pek: 340g, 1kg
Cara Menyimpan: Simpan Sejukbeku Pada -18°C
Saiz Pek: 340g, 1kg
Koktel Ayam dan Koktel Lembu
Ramuan Koktel Ayam: Daging Ayam, Protein Kacang Soya, Kanji Jagung Terubahsuai dan Rempah. Mengandungi Bahan Penambah Perisa (E450,E451,E452) dan Pengawet Makanan (E250, E252) yang dibenarkan.
Ramuan Koktel Ayam: Daging Ayam, Protein Kacang Soya, Kanji Jagung Terubahsuai dan Rempah. Mengandungi Bahan Penambah Perisa (E450,E451,E452) dan Pengawet Makanan (E250, E252) yang dibenarkan.
Ramuan
Koktel Lembu: Daging Lembu, Protein Kacang Soya, Kanji Jagung
Terubahsuai dan Rempah. Mengandungi Bahan Penambah Perisa
(E450,E451,E452), Pewarna dan Pengawet Makanan (E250, E252) yang
dibenarkan.
Cara Menyimpan: Simpan Sejukbeku Pada -18°C
Saiz Pek: 340g, 1kg
Cara Menyimpan: Simpan Sejukbeku Pada -18°C
Saiz Pek: 340g, 1kg
Nuget
"Nuget
Ayam Salutan Tempura" telah mendapat Anugerah Khas - Anugerah Produk
Cemerlang anjuran Jabatan Perkhidmatan Veterinar di MAHA 2008.Nuget
Daging Ramly merupakan perintis kepada nuget daging di Malaysia dan
hanya Ramly yang menjual nuget lembu di Malaysia.
Ramuan Nuget Lembu: Daging Lembu, Protein Soya, Minyak Sayuran, Tepung Gandum, Tepung Jagung, Rempah dan Garam. Mengandungi Kondisioner Makanan dan Bahan Penambah Perisa yang dibenarkan.
Ramuan Nuget Lembu: Daging Lembu, Protein Soya, Minyak Sayuran, Tepung Gandum, Tepung Jagung, Rempah dan Garam. Mengandungi Kondisioner Makanan dan Bahan Penambah Perisa yang dibenarkan.
Ayam Goreng
Ramuan Kepak Ayam: Bahagian Kepak Ayam, Minyak Sayuran, Tepung Gandum, Tepung Jagung, Rempah dan Garam. Mengandungi Kondisioner Makanan dan Bahan Penambah Perisa yang dibenarkan.
Ramuan Ayam Goreng: Bahagian Ayam, Minyak Sayuran, Tepung Gandum, Tepung Jagung, Rempah dan Garam. Mengandungi Kondisioner Makanan dan Bahan Penambah Perisa yang dibenarkan.
Cara Menyimpan: Simpan Sejukbeku Pada -18°C
Saiz Pek: 1kg
Alaskan Pollock
Fakta tentang Alaskan Pollock:
Berasal dari air jernih Alaska, ikan putih ini memberi rasa tekstur dan kandungan nutrisi yang tiada tandingan. Rasanya yang lembut telah terbukti sesuai untuk menghasilkan filet yang berkualiti tinggi. Rendah dalam lemak dan kalori, menjadikan ikan Alaska Pollock adalah sumber terbaik bagi Omega 3, protein dan mineral yang penting untuk kesihatan yang optimum.
Ramuan Koktel Ikan Tempura: Isi Ikan Alaskan Pollock, Tepung Gandum, Tepung Jagung, Kanji Kentang, Minyak Sayuran, Rempah dan Garam. Mengandungi Kondisioner Makanan dan Bahan Penambah Perisa yang dibenarkan. Saiz Pek: 500g
Ramuan Filet Ikan Tempura:
Filet Ikan Alaskan Pollock, Tepung Gandum, Tepung Jagung, Kanji
Kentang, Minyak Sayuran, Rempah dan Garam. Mengandungi Kondisioner
Makanan dan Bahan Penambah Perisa yang dibenarkan. Saiz Pek: 450g
Daging Kisar
Daging
Ayam Kisar dan Daging Lembu Kisar Ramly sangat sesuai digunakan untuk
membuat kuah Spegetti, Pai Ayam, Sheppeard Pie, Kuih Cara Berlauk,
Murtabak, Roti John dan Pizza.
Ramuan Daging Ayam Kisar: Daging Ayam
Ramuan Daging Lembu Kisar: Daging Lembu
Cara Menyimpan: Simpan Sejukbeku Pada -18°C
Saiz Pek: 400g, 800g
Ramuan Daging Ayam Kisar: Daging Ayam
Ramuan Daging Lembu Kisar: Daging Lembu
Cara Menyimpan: Simpan Sejukbeku Pada -18°C
Saiz Pek: 400g, 800g
Roti Burger dan Roti Frankfurter
Ramuan Roti Burger: Tepung Gandum, Ragi Garam, Gula, Minyak Sayuran dan Mengandungi Kondisioner Makanan yang dibenarkan.
Saiz Pek: 1 pek x 10 biji, 1 pek x 40 biji
Ramuan Roti Frankfurter: Tepung Gandum, Ragi Garam, Gula, Minyak Sayuran dan Mengandungi Kondisioner Makanan yang dibenarkan.
Saiz Pek: 1 pek x 10 biji
Promosi
Subscribe to:
Posts (Atom)