Lebih dari
120 orang pemborong berdaftar sebagai anak syarikat bagi mengedarkan
produk-produk RAMLY. Kesemua pemborong berdaftar ini dibawah pemasaran
Ramly Mokni Sendirian Berhad. Syarikat pemasaran ini beribupejabat di
Desa Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur. Penubuhan syarikat ini bertujuan
dalam menawarkan khidmat jualan kepada pelanggan. Bagi memastikan
pengedaran dan penghantaran produk dijamin kualiti dan kesegarannya,
kenderaan kontena sejukbeku digunakan.
Sebuah anak syarikat Ramly yang berobjektif dalam memastikan produknya
mudah didapati dipasaran telah ditubuh di Lorong Raja Bot (Off Jalan
Raja Alang) di Kuala Lumpur. Anak syarikat ini dikenali sebagai Ramly
Supermarket Sendirian Berhad, dan ia beroperasi 24jam. Pembukaan anak
syarikat ini bagi memastikan khidmat borong dan runcit boleh
dilaksanakan diantara RAMLY dengan penjaja dan orang awam.
Kualiti
Penubuhan Makmal Mikrobiologi yang dijalankan oleh Ramly,
bagi mengawal kualiti produk. Tujuan penubuhan makmal ini adalah
memasitkan produknya adalah suci (dari pemilihan bahan mentah hingga
produk siap) dan selamat untuk dimakan. Selain itu, makmal ini berfungi
sebagai satu tempat penyelidikan dan pembangunan produk. Makmal
Mikrobiologi Ramly lengkap dengan peralatan teknologi tinggi.
Produksi
Satu kajian penyelidikan dan pembangunan produk
dijalankan oleh Ramly, bagi tujuan kesegaran, kelazatan dan kualiti
produknya. Cara pembungkusan yang menarik juga dikaji dalam memastikan
produk kelihatan menarik dan boleh dinikmati. Pengimplementasi kepakaran
teknologi oleh Ramly, adalah memastikan pengeluran daging dan hasil
laut dapat memenuhi citarasa pengguna dan pengemar Ramly. Kepakaran
teknologi yang digunakan juga memastikan produktiviti produk.
Penyediaan
Untuk memasak burger Ramly, tidak begitu sukar, cuma
yang diperlukan ialah kuali atau plet leper, penekan daging burger,
dapur, gas masakan, ban burger dan daging burger. Untuk rencah atau
isi-isinya pula ialah timun dan kobis. Untuk bahan perisanya, biasa
digunakan ialah sos Worcester (wu-ches-ter) atau juga dikenali sebagai
kicap burger dikalangan orang Malaysia. Sebagai sos tambahan pula ialah
mayonis, sos tomato, sos cili ataupun sos barbeku.
Friday, 24 May 2013
Pengenalan
Dato' Haji Ramly Bin Mokni
LOGO Syarikat
Ramly Mokni (Ramly Burger) Ramly Mokni merupakan seorang tokoh usahawan Melayu yang telah mengecapi dan mencapai kejayaan dalam bidang keusahawanan dengan begitu cemerlang dan patut diteladani oleh usahawan-usahawan bumiputera yang lain.
Kejayaannya bukanlah dapat dinikmati dalam sekelip mata, tetapi terpaksa mengharungi dengan pelbagai cabaran dan halangan. Dengan berbekalkan keyakinan diri dan ketabahan serta kecekalan hatinya, beliau telah dapat mengembangkan perniagaannya dari gerai menjual burger sehingga membuka kilang untuk mengeluarkan daging burger dari 300 keping sehari kepada 30 tan daging sehari selepas 20 tahun dengan jualan tahunan kini mencatat RM42 juta. Daripada pemerhatian beliau semasa bekerja sebagai pemotong daging di sebuah pasar raya di ibu kota pada awal 1970an di mana
kebanyakan makanan sejuk beku yang tidak pasti halal haramnya, telah mencetuskan idea beliau untuk menghasilkan daging burger dan sosej yang ditanggung halal untuk dimakan oleh umat Islam di negara ini. Sifat beliau ini jelas menunjukkan beliau adalah seorang yang bijak merebut peluang dan berdaya kreatif dan inovatif serta berpandangan jauh. Selain itu, beliau tidak pernah putus asa walaupun usahanya pernah diperlekehkan oleh masyarakat dan juga pihak bank yang telah menolak permohonan pinjamannya. Namun, dengan simpanan sendiri dan juga bantuan pinjaman yang diberikan oleh Bank Pembangunan dan Malaysia Berhad telah membolehkannya mengorak langkah untuk memajukan perniagaannya. Sekaligus telah membuktikan peranan agensi kerajaan adalah amat penting.
Beliau juga mengakui bahawa sokongan keluarga adalah amat penting untuk mendorongnya terutamanya isterinya yang sentiasa memberikan dorongan kepadanya dan beliau telah mengatakan bahawa kejayaannya adalah hasil sokongan kuat keluarga.
Di samping itu, beliau sentiasa memegang kepada prinsip kejujuran, menitikberatkan mutu barangan yang dihasilkan, keutamaan dan pandangan pelanggan terhadap barangan keluaran syarikatnya tidak pernah diambil ringan. Sebarang rungutan dan ketidakpuasan hati oleh pelanggan, beliau pasti akan memperbaiki mutu produknya dengan berjumpa dengan pelanggan tertentu dengan kadar segera untuk mengetahui masalahnya. Ini dapat jelas menggambarkan corak pengurusan beliau yang sangat cekap dan efisyen dalam menangani sebarang masalah yang timbul. Hasil kegigihan beliau, beliau telah dianugerahkan beberapa kali Anugerah Usahawan Terbaik .
Subscribe to:
Posts (Atom)